[SALAM PERKENALAN PENA]


Monday 18 April 2011

PeRLeMBaGaaN CiNtA

Perlembagaan ini bukan sekadar lambang cinta,
Yang biasa dijumpai di sana sini,
Dipenuhi dengan kata – kata penuh kiasan,
Kadang kala sukar untuk memahami,
Kerana masing – masing punya tafsiran peribadi.



Perlembagaan ini digubal oleh yang selayaknya,
Mudah – mudahan menjadi panduan buat kita,
Cinta itu tulus dan indah,
Tolong jangan cemari dengan maksiat dan zina,
Kerana itu hadirnya perlembagaan ini,
Sebagai batasan buat kita yang mudah alpa.



Perlembagaan ini digarap halus,
Sebagai pengisian jiwa yang tulus,
Walaupun tiada penjelasan melalui fasal dan perkara,
Tetapi ianya jelas buat yang punya jiwa,
Kerana mereka lebih memahami,
Apa ertinya Cinta yang memerlukan aturan,
Bukan mengikut kebiasaan yang sering melalaikan.

Untuk diri sendiri sekadar berpesan,
Usahlah menagih cinta yang x pasti,
Kelak menangis hati dan emosi,
Dek manusia yang tidak pernah mengetahui,
Apakah maksud cinta yang kau lontarkan.



Diri terus bermohon kepada Ilahi,
Supaya dapat menempatkan secebis diri,
Menjadi penentu keagungan Cinta,
Kepada pemilik yang selayaknya,
Seperti mana yang telah terukir,
Di dalam sebuah perlembagaan yang bernama,
Perlembagaan Cinta...!

2 comments:

PENYULUH CAHAYA PENA said...
This comment has been removed by the author.
PENYULUH CAHAYA PENA said...

*Prlembagan ini trtkhluk jgk kpd sbrg pndaan...! hahaha :)