[SALAM PERKENALAN PENA]


Wednesday 19 October 2011

CoRak YaNg Kau LuKiskan

Papan cerita ini telah kau corakkan,
Penuh dengan warna dan juga lukisan,
Walaupun tak seindah jangkaan akal,
Tak sempurna yang ku harapkan,
Namun ia tetap membahagiakan papan cerita ku.

Papan cerita ini pernah kau layarkan,
Di tengah laut yang tak berombak,
Tak pernah disentuh dan dibasahi hujan,
Namun ia tetap tenggelam,
Bukan sebab beratnya papan itu,
Tetapi kerana kuatnya cerita itu,
Sehingga karam tak bertepi.

Papan cerita ini,
Kau laungkan untuk seisi alam,
Tafsiran mu biar mereka mengetahui,
Tetapi kau lupa,
Bahawa mereka gagal memahami,
Betapa ianya penting bagimu,
Tetapi bukan bagi mereka,
Yang tak pernah bertanya,
Tentang hadirnya papan cerita ini.

Kehadiran papan yang satu ini,
Bukan sebagai asas kenangan,
Cukup sekadar satu bahagian,
Daripada berjuta jalan penceritaan,
Tak pernah sekali pun kau lakonkan.
Moga hadirnya papan cerita ini,
Menukilkan sejarah dan tragedi,
Yang pernah terjadi tetapi tak mungkin diulangi,
Buat diri yang lemah dan tak bererti,
Pada tafsiran mu yang sebegini.

Akhir penghujung jalan cerita,
Papan ini akan dibuang, dikoyakkan, dan dipijak,
Bukan kerana ianya tak bernilai,
Tetapi ianya dah tak berguna lagi,
Bagi insan yang tak pernah mengenal
Ketulusan budi dan kebaikan insani,
Meskipun itu bakal ku lalui,
Ku terima dengan tabah hati,

Kerana itu,
Kau bantulah aku,
Kuatkan diri ini, 
Moga ianya bukan penghujung,
Dalam sebuah kehidupan,
Yang dinamakan,
"Papan Cerita" 

No comments: