[SALAM PERKENALAN PENA]


Wednesday 19 October 2011

SeKiLaS PaNDaNg IsU: "FoLLoW Me"

Setinggi TAHNIAH buat penganjur yang buat julung kalinya mengadakan program berbentuk Ilmiah dan Islamik di tengah-tengah masyarakat kampus yang mula sunyi dengan dunia akademik dan Islamik kerana dikelilingi dengan rancaknya arus pembangunan yang menuntut perubahan.
Sekilas Pandang Isu "Follow Me" melihat daripada perspektif sebagai seorang Islam dan mahasiswa yang menuntut nilai dan kepercayaan umum dalam penganjuran program tersebut. Sebelum itu, SEDIKIT PERKONGSIAN  terhadap dapatan ilmu daripada program tersebut dirasakan perlu untuk menghargai pihak penganjur dan sekadar ingatan buat diri.

Kehilangan
-sesuatu yang pernah ada/pernah menjadi dakapan/ pernah dirasa
-Nabi s.a.w - tempat sandaran
-Saidina Abu Bakar r.a hebat dalam cinta dan kasih sayangnya
-Berdoa mati pada hari Isnin

Daripada Imam Ibnu Hajar menyatakan sebab Saidina Abu Bakar berdoa suapaya mati pada hari Isnin adalah disebabkan ingin mengambil keberkatan "berkah" daripada kewafatan Nabi yang juga pada hari Isnin.
-Kasih bukan sekadar pada dakwaan lidah, tetapi juga pada hati dan jiwa
-Abu Bakar wafat 2 tahun selepas Nabi, tempoh yang tidak terlalu lama, kerana menahan kerinduan
-Datang bukan membawa akal, tetapi kasih dan rindu pada Nabi
-Kita tidak pernah putus dengan Nabi, walaupun Nabi telah TIADA

Dalam kitab HIKAM bab "Cara Mengenal Allah" 
-Melalui Nabi Muhammad s.a.w
-Menghadap Kaabah adalah kerana disyariatkan Allah, bukan kerana Kaabah itu sendiri
-Kemuliaan Nabi berbanding kehinaan Abu Jahal

-Mengikut perintah Allah dan sunah Rasullullah
-Zahir dan batin bersandarkan Nabi
-Mengikut sunah tetapi hati bangkang

-Isteri 2 orang Nabi iaitu Luth dan Nuh (Surah At-Tahrim)
-Mencintai Allah dan Rasul itu WAJIB
-Perempuan Ansar tidak sama dengan perampuan Malaysia (sebahagiannya)


Daripada Zaid Ibnu Harithah dalam Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari "Al-Masad" 
'Nabi tidak makan bawang putih apabila dihidangkan, menyebabkan mulut berbau lantas Wahyu tidak akan dturunkan'


-Berapa ramai orang hari ini menggunakan teknologi dan media untuk mempelajari ilmu keagamaan? Sebaliknya lebih gemar kepada bahan picisan dan bersifat sosial
-Barang siapa yang menyebut Aku (Nabi s.a.w) maka sebenarnya dia menyebut Allah, sebab datangnya cahaya Islam kepada manusia atas perjuangan dakwah Nabi dan ats izin Allah s.w.t


Penelitian terhadap beberapa kelemahan program


1) Celaan terhadap sahabat Nabi s.a.w
Tolong jangan mencela sahabat Nabi s.a.w walaupun dalam bentuk gurauan. Sebabnya jika kita menurut sunah Nabi, Baginda tidak pernah berdusta walaupun dalam gurauan.
Dalam program tersebut penceramah ada mengadakan dalam bentuk gurauan "Bodoh ke Abu Bakar ni tutup lubang tu pakai tangan, dah tahu lubang kalau dalam gua mesti la ada binatang berbisa seperti ular, dalam peristiwa hijrah Nabi di Gua Hirak"


2) Berkopiah adalah sunah Nabi s.a.w
Tolong beri penjelasan berkenaan sunah Nabi dengan amalan berkopiah. Sebab sunah Nabi adalah menutup kepala, bukanlah berkopiah. Nabi menggunakan serban, bahkan terdapat sahabat Nabi yang terlalu miskin sehingga menggunakan tali sebagai pengikat kepala menggantikan serban. Jadi jika kita katakan berkopiah itu adalah sunah Nabi, bila masa Nabi berkopiah? Adakah orang yang memakai songkok tidak mengikut sunah Nabi? Maka perjelaskan bahawa sunah Nabi adalah menutup kepala bagi lelaki


3) Jangan menghina agama lain
Islam melarang keras umatnya menghina agama lain, hal ini disebabkan Allah tidak mahu penganut agama lain menghina Allah. Hal ini telah pun dirakamkan dalam Al-Quran, Surah apa saya tak pasti tapi saya yakin ada, sebab pernah terbaca terjemahannya. Sekiranya masih meragui, sila rujuk pakar dalam bidang Tafsir Al-Quran. Dalam program tersebut, penceramah ada mengatakan bahawa "patung masyarakat Buddha yang buncit perutnya, botak kepalanya, berbentuk jenaka supaya orang tertawa tetapi sedarkah ia juga sebenarnya menghina


4) Amalan Qasidah vs Amalan Doa
Amalan Qasidah sememangnya dibenarkan menurut pandangan sesetengah ulama, Namun jangan sesekali kita pertikaiakan pandangan ulama yang lain jika mereka menolaknya. Hal ini berkaitan dengan pendirian seseorang ulama berdasarkan pengetahuan dan pemikiran mereka. Islam tidak menolak sama sekali perbezaan dalam Islam, malah ia adalah dibenarkan dalam Islam kerana wujudkan variasi pemikiran. Jangan menolak oarang yang berdoa walaupun dalam beberapa majlis wujud beberapa upacara doa seperti lazimnya, kerana mungkin sahaja dalam majlis tersebut wujud orang yang hatinya Ikhlas dan benar - benar faham serta yakin akan doanya pada Allah. Dalam ceramah tersebut, seperti menegaskan amalan Qasidah dan mengkritik amalan berdoa. Sedangkan dalam Islam lebih banyak yang Nabi bicarakan tentang doa. Tetapi Qasidah? Fikirkan lah.


Walaupun begitu penulis sekali lagi mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH diatas penganjuran program seumpama ini. InsyAllah bertemu lagi, tetapi memang terasa ruh keimanan dan kerinduan kepada Nabi s.a.w apabila mendengar dan membaca Qasidah beramai - ramai. Salam ukhwah buat semua pejuang yang berlandaskan KEIMANAN dan KEISLAMAN.
  

No comments: