[SALAM PERKENALAN PENA]


Tuesday 13 December 2011

DeTik HaTi MeNdeNgaR KiaMaT

Jika sebelum ini aku bagaikan bersahaja
Tiada riak mahupun teriak
Yang menyebabkan ku tersandar mengenangkan Kiamat
Namun secara sedar atau pun tidak
Menyukai atau pun merasakan duka
Kiamat pasti menjelma walau masih dikatakan jauh

Soalnya siapa yang berani mengatakan ianya jauh?
Tanpa segan silu mengatakan lambat lagi...
Sedangkan segalanya itu ketentuan Ilahi

Wahai diri yang punyai hati
Jaga lah hati rawatlah diri
Bukan kerana dek kiamat yang menjelma
Bukan juga kerana kehancuran yang akan membinasa
Tetapi kerana Rabb mu yang tak pernah menolak dirimu
Namun kau selalu menghindari-Nya

Duhai hati yang punyai peribadi
Nilaikan langkahmu, fikirkan sorak tawamu,
Renungkan maksiat dan mungkarnya kamu
Jika dibanding dengan amal dan imanmu
Bukan merosak peribadi dan akalmu
Tapi membina kekuatan untuk kejayaan
Buat hari yang sukar dan susah
Buat diri yang dibolak-balikkan hatinya
Buat jasad yang akan hancur binasa

Usah di nanti Kiamat itu,
Tetapi beramallah untuk Rabbmu
Kerana Tuhanmu pemilik kerajaan ini
Kerajaan langit dan bumi

No comments: