[SALAM PERKENALAN PENA]


Wednesday, 19 October 2011

Apa GuNa

Apa Guna Jadi Ahli Matematik Kalau Tak Tahu Berapa NILAI
Air Mata Seorang Ibu

Apa Guna Jadi Ahli Sains Sekiranya Mengatakan Manusia Itu
BERASAL Daripada Beruk

Apa Guna Jadi Ahli Falsafah Kalau Bercakap TANPA Merujuk
al-Quran & Hadith

Apa Guna Jadi Orang Seni Kalau Menggunakan KREATIVITI
Untuk Menabur FITNAH

Apa Guna
Jadi Pakar Jika Membenarkan PENDUSTAAN, Menafikan Yang HAK

Apa Guna Jadi Ahli Politik Sekiranya Berjuang Dengan
Menggunakan SENJATA Emosi

Apa Guna
Jadi Ahli FACEBOOK Jika Suka Membuka KEAIBAN
Diri Sendiri & Orang Lain 



Apa Guna
Kita Berjuang Untuk Menegakkan Kebenaran
Sedangkan HAWA NAFSU Sendiri Pun Kita GAGAL
Tundukkan...

CoRak YaNg Kau LuKiskan

Papan cerita ini telah kau corakkan,
Penuh dengan warna dan juga lukisan,
Walaupun tak seindah jangkaan akal,
Tak sempurna yang ku harapkan,
Namun ia tetap membahagiakan papan cerita ku.

Papan cerita ini pernah kau layarkan,
Di tengah laut yang tak berombak,
Tak pernah disentuh dan dibasahi hujan,
Namun ia tetap tenggelam,
Bukan sebab beratnya papan itu,
Tetapi kerana kuatnya cerita itu,
Sehingga karam tak bertepi.

Papan cerita ini,
Kau laungkan untuk seisi alam,
Tafsiran mu biar mereka mengetahui,
Tetapi kau lupa,
Bahawa mereka gagal memahami,
Betapa ianya penting bagimu,
Tetapi bukan bagi mereka,
Yang tak pernah bertanya,
Tentang hadirnya papan cerita ini.

Kehadiran papan yang satu ini,
Bukan sebagai asas kenangan,
Cukup sekadar satu bahagian,
Daripada berjuta jalan penceritaan,
Tak pernah sekali pun kau lakonkan.
Moga hadirnya papan cerita ini,
Menukilkan sejarah dan tragedi,
Yang pernah terjadi tetapi tak mungkin diulangi,
Buat diri yang lemah dan tak bererti,
Pada tafsiran mu yang sebegini.

Akhir penghujung jalan cerita,
Papan ini akan dibuang, dikoyakkan, dan dipijak,
Bukan kerana ianya tak bernilai,
Tetapi ianya dah tak berguna lagi,
Bagi insan yang tak pernah mengenal
Ketulusan budi dan kebaikan insani,
Meskipun itu bakal ku lalui,
Ku terima dengan tabah hati,

Kerana itu,
Kau bantulah aku,
Kuatkan diri ini, 
Moga ianya bukan penghujung,
Dalam sebuah kehidupan,
Yang dinamakan,
"Papan Cerita" 

Saturday, 15 October 2011

BuaT KaMu "S"


Orang "Single" itu selalunya merasa "Sunyi"
Namun BERBAHAGIALAH serta CERIAKANLAH hati,
Kerana "Sunyi" itu boleh mendekatkan dirimu pada Ilahi,
Kerana hanya Dia yang berhak dan Maha Mengetahui,
Juga hanya yang TERBAIK yang diberi.






InsyAllah, bahagianya akan kekal ABADI (Dunia & Akhirat)
Pada hamba2-Nya yang percaya juga meyakini,
Kerana Dia yang Maha Penyayang dan juga Pengasih,
Yang tidak akan pernah "Pilih KaSih" 

Friday, 7 October 2011

SiApA SuAMi?


Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.
Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.
Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.
Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini.

01.KEPIMPINAN

 Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.

Allah berfirman:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan." - [al-Nisa' 4:34]

Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas.

Jika sebelum ini pernah menjadi pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia adalah pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumahtangga.
Bagi yang belum pernah, maka alam rumahtangga adalah suasana yang baik untuk mula melatih diri menjadi pemimpin.
Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga.
Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatit markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan ciri kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.

02.KETEGASAN
Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.
Allah mengingatkan:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [al-Taghabun 64:14]
Oleh itu dalam institusi perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin, penjaga dan bukannya dijaga serta pengawal dan bukannya dikawal. Namun ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka.

03.PEMELIHARA DARI API NERAKA
Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." - [al-Tahrim 66:06]
Justeru anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan seterusnya mendidik ahli keluarga serta memastikan mereka mempraktikannya. Lebih penting, anda hendaklah paling kehadapan dalam mempraktikkan ilmu-ilmu agama tersebut. Jangan sekadar menyuruh ahli keluarga mendirikan solat tetapi anda tidak solat, jangan sekadar menyuruh ahli keluarga menutup aurat tetapi anda mendedahkan aurat.
Allah memberi amaran:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." - [al-Saff 61:2-3]


04.MEMBERI NAFKAH
Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.
Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapatan minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.
Allah berfirman:
"Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)." - [al-Thalaq 65:07]
Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.
Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya.
Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.
(Dipetik daripada Artikel iluvislam.com, 7 Okt 2011)
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3690-bersediakah-anda-menjadi-suami.html

Thursday, 6 October 2011

CoReTaN SuRaM



Ketika hari - hari mu diliputi kesedihan,
Masalah - masalah yang ada terasa menghimpit dada,
Dunia terasa tidak lagi indah,
Perih rasanya hati,
Ooorghh...

Mana Bahagia itu?
Inilah saat engkau merasa memerlukan-Nya,
Mendekati-Nya,
Meminta kepada-Nya,
Pasrahkan semua permasalahanmu kepada Allah,
Kerana sesungguhnya hanya Dia-lah yang bisa menolongmu,
Bukan yang lain,
Allah Maha Besar.

"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit 
Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan..."

Berdoa dan bersabarlah
Semuanya akan baik - baik sahaja

"Sesungguhnya kepada-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu
hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka jadilah ia."

Tiada satu kekuatan yang dapat menolongmu,
Selain hanya Allah, Jangan pernah jauh daripada-Nya.