[SALAM PERKENALAN PENA]


Wednesday 14 December 2011

GeLiSaH HaTiMu



Menulis pada lewat – lewat malam sememangnya memberikan seribu satu bayangan serta mudah menusuk ke dalam hati dan memainkan emosi. Sungguh macam – macam yang telah ku lalui sepanjang perjalanan ini. Banyak yang menyenangi dan tak kurang juga yang membenci. Namun aku percaya dan pasti kesukaan dan kebencian itu bukan matlamat ku dalam melaksanakan dan menegakkan apa yang patut ku tegakkan dalam dunia yang dimiliki Allah ini. Sungguh nasihat itu sering dipandang sebagai kritikan, dan kritikan itu sering dianggap sebagai cemuhan. Tentu sekali Allah mengetahui bahawa bukan itu maksud ku untuk dirimu yang gelisah. 

Tuesday 13 December 2011

DeTik HaTi MeNdeNgaR KiaMaT

Jika sebelum ini aku bagaikan bersahaja
Tiada riak mahupun teriak
Yang menyebabkan ku tersandar mengenangkan Kiamat
Namun secara sedar atau pun tidak
Menyukai atau pun merasakan duka
Kiamat pasti menjelma walau masih dikatakan jauh

Soalnya siapa yang berani mengatakan ianya jauh?
Tanpa segan silu mengatakan lambat lagi...
Sedangkan segalanya itu ketentuan Ilahi

Wahai diri yang punyai hati
Jaga lah hati rawatlah diri
Bukan kerana dek kiamat yang menjelma
Bukan juga kerana kehancuran yang akan membinasa
Tetapi kerana Rabb mu yang tak pernah menolak dirimu
Namun kau selalu menghindari-Nya

Duhai hati yang punyai peribadi
Nilaikan langkahmu, fikirkan sorak tawamu,
Renungkan maksiat dan mungkarnya kamu
Jika dibanding dengan amal dan imanmu
Bukan merosak peribadi dan akalmu
Tapi membina kekuatan untuk kejayaan
Buat hari yang sukar dan susah
Buat diri yang dibolak-balikkan hatinya
Buat jasad yang akan hancur binasa

Usah di nanti Kiamat itu,
Tetapi beramallah untuk Rabbmu
Kerana Tuhanmu pemilik kerajaan ini
Kerajaan langit dan bumi