[SALAM PERKENALAN PENA]


Wednesday 20 April 2011

kAu BuKaN SeSiaPa

Hari ini coretan blog kembali dengan tajuk yang cukup menyentapkan hati dan perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya jika kita terus terang menyatakan kepada seseorang dengan perkataan seperti itu, "Kau Bukan Sesiapa" Namun wadah penulisan pembaca akan membuka skop tajuk kepada erti dan makna yang lebih luas disebalik ungkapan "kau Bukan Sesiapa"

Ramai di antara kita yang mempunyai seseorang dalam hatinya yang dirasakan cukup istmewa sehingga jika ketiadaannya menyebabkan kita merasa kehilangan yang amat sangat. Mereka itu boleh sahaja terdiri daripada ahli keluarga kita, sahabat, rakan taulan dan seseorang yang kita anggap cukup istimewa. Namun sebaliknya hakikat yang sebenar meletakkan individu tersebut bukanlah sesiapa dalam diri kita. Mungkin kita selalu berinteraksi dengan mereka sehingga susah dan senang dirasakan bersama. Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa ketika kita masih kecil sebenarnya kita tidak pun merasa bahawa keluarga terlalu penting malah merasakan mereka itu mengongkong kita dengan melarang kebanyakkan kehendak kita, ketika itu kita merasakan yang mereka bukan sesiapa dalam hidup kita. Namun kini usia yang telah mematangkan kita mengajar bahawa mereka sangat penting dalam hidup kita. 

Tetapi, langit tidak selalunya cerah, hati dan perasaan pun telah mula berubah walaupun mereka tidak pernah berubah terhadap diri kita. Apabila kita berada di usia remaja, keluarga telah semakin kurang mendapat tempat dalam hidup kita walaupun kita akui mereka itu sangat penting. Dalam hati kita kerap kali memikirkan kawan - kawan sekeliling dan seseorang yang kita anggap istimewa tetapi sebenarnya mereka bukan sesiapa dalam hidup kita. Memang ada yang mengatakan kawan - kawan itu penting dan amat membantu kita, susah senang bersama. Ya, benar...! bukan niat penulis untuk menafikan kenyataan itu, tetapi andaikan sahaja jika kepentingan kita dan kawan kita adalah sama untuk merebut satu benda yang sama, adakah kawan kita sanggup menyerahkannya kepada kita walaupun mereka terlepas daripada impian mereka? mungkin ada yang menjawab ya, namun.. andaikan sahaja kita merebut satu peluang pekerjaan yang sama atau merebut tempat untuk menyambung pengajian di universiti, adakah mereka sanggup memberikan peluang itu kepada kita? sedangkan mereka terus berada dalam kegagalan mendapat peluang itu. Tidak sama sekali bukan, paling tidak pun mereka akan tetap megambil peluang itu dan kemudian menasihati kita supaya bersabar. Nah.. inilah yang penulis maksudkan, bahawa mereka bukan sesiapa...! Mereka penting, tetapi dalam keadaan tertentu, mereka bukan sesiapa dalam hidup kita, ini tidak bermaksud penulis menafikan kehadiran mereka dalam semua keadaan. 




Begitu juga teman yang kita anggap terlalu istimewa dalam hidup kita. Si Dia mungkin telah menjadi pendorong semangat kepada kita untuk terus berjaya malah mungkin mampu mengubah kita menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Namun hakikat yang sebenar menyatakan Si Dia bukan sesiapa...! Kerana Si Dia bukanlah isteri atau suami kita yang sah. Apatah lagi sebagai kekasih kita kerana hukum berkasih sebelum bernikah adalah haram. Adakah kita sanggup melakukan dosa terhadap Allah yang sememangnya mencintai kita melebihi semua cinta makhluknya. Namun begitu, penulis teringat dengan secebis coretan rakan blog penulis yang juga merupakan sahabat baik penulis ketika ini yang menyatakan "kau bukan awekku, kau bukan kekasihku, tetapi andai ada jodoh antara kita, InsyAllah, kau adalah isteriku...!" Itulah sebenarnya yang boleh kita katakan kepada Si Dia kerana kita harus sedar dan berpijak di dunia yang nyata bahawa dia yang kita anggap lebih istimewa daripada yang lain sebenarnya adalah "Kau Bukan Sesiapa"  dalam hidup kita yang sebenarnya.



Sekadar perkongsian buat tatapan Si Dia,
Mungkin salah seorang pembaca di ruangan ini,
Kepada Si Dia, katakanlah - "Kau Bukan Sesiapa"
Salam Perkongsian.

KeMbaLi SeNyuM

Seindah tajuk "Kembali Senyum" yang singgah di ruangan blog untuk coretan kali ini.
Ketika melalui perjalanan kehidupan, manusia tidak terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai ragam dan perangai makhluk ciptaan Allah di dunia ini. Tetapi jika hendak difikirkan kembali diri kita sendiri juga ada ragam dan caranya yang kadang kala tidak bersesuaian dengan tindakan orang lain. Akibatnya berlaku sesuatu peristiwa luar jangka. Cewah... peristiwa luar jangka..! 



Yela, masing - masing dalam hidup ini inginkan yang terbaik begitu juga pengharapannya kepada seseorang, cuma apa yang menjadi persoalan ialah sama ada individu yang kita harapkan itu, benar - benar boleh diharapkan ke atau tidak boleh diharap langsung. Opps, agak celupar di situ..! namun itulah perkara yang sebenarnya berlaku yang menerjah dalam dunia realiti kita pada masa ini. Apakah tindakan yang boleh membantu kita jika kita berhadapan dengan situasi seperti itu. 
Hah.. bahagian inilah yang paling penting sebenarnya, atas tu lagha je... hahahah

Tips - tips berguna jika ada orang yang tak berguna:

1) Jika kita sudah memang sedia maklum yang mereka tu tak berguna, apa lagi kita kena la tunjukkan betapa diri kita ini berguna dan jauh lebih baik daripada mereka, memang lah kita akan menemui kesukaran, tetapi itulah sebenarnya bukti yang kita berguna.  hehhehe

2) Orang yang tak berguna tu mungkin meraka yang kita rasa tidak memberikan sebarang manfaat kepada kita, awas sikap manusia selalu apabila sesuatu telah hilang barulah meratapi ketiadaannya, untuk itu kita perlu untuk menilai sama ada mereka yang kita labelkan sebagai tak berguna itu, benar atau sebaliknya.
Ingatlah bahawa "tiada seorang pun yang diciptakan tidak berguna" so, daripada sekarang dah boleh lah fikir macam mana nak mempergunakan seseorang, hehehhe (jgn2 tu gurau je) - tips tak baik tu.

3) Cukuplah 2 tips tu, lain kali Cahaya Pena tambah lagi ya, erm ok2 tiba - tiba datang satu tips lagi, kaedahnya untuk mendapatkan sesuatu yang berguna kita mesti menjadi berguna terlebih dahulu, sama ada orang ingin menghargai atau sebaliknya itu urusan mereka, yang penting kita sudah melakukan terbaik.


Apa lagi... Kembali senyum la lepas ni... senyum - senyum macam ni....!
Salam Penuh Senyuman buat SEMUA.

Tuesday 19 April 2011

tRiMe kaSih - kaSihMu SaHaBaTKu

Terima kasih sahabatku,
Itulah kata - kata yang mampu untuk aku berikan kepadamu sahabatku
Kerana kasihmu pada ku sebelum ini amat menggembirakan ku,
Sungguh, ingin aku katakan padamu,
Sesungguhnya memang diriku gembira bersamamu,
Namun ku tidak pasti, adakah sepanjang keberadaanku,
Telah membuatkan dirimu kurang selesa dan senang dengan kehadiranku,
Namun dengan akhlak mu yang manis dan indah,
Dirimu sentiasa menyatakan rasa senangmu sentiasa hadir bersamaku.






Lewat hari ini sahabatku,
Baru sahaja dirimu menyatakan sesuatu kepada ku,
Ku tak pasti adakah ini gurauan atau lahir daripada hatimu,
Tetapi kesungguhan tindakan mu melakukan itu dan ini,
Jelas menunjukkkan betapa diriku telah menyusahkan mu,
Terima kasih sahabatku atas kesungguhan itu,
Tetapi maafkanlah diriku atas kesulitan itu.


Buat kasih sahabatku yang sentiasa ada,
Aku mengharapkan kebahagiaanmu di sana,
Mungkin tanpa kehadiranku membuatkan dirimu lebih gembira dan bahagia,
Maafkanlah segala kesilapanku, jika itu yang membuatkan dirimu terasa hati,
Jauh dari sudut hatiku, kamu adalah sahabat yang terbaik yang pernah aku temui,
Yang selama ini telah bertahun - tahun ku mencari,
Yang tidak akan ku benarkan dirimu pergi begitu sahaja,
Tetapi apa lah dayaku kerana hanya kamu yang berhak ke atas dirimu sendiri.






Buat kamu sahabatku,
Terima kasih atas segala tunjuk ajar mu kepadaku,
Penghargaan ku kepadamu tidak terhingga sahabatku,
Diriku sentiasa mengharapkan kejayaan yang sempurna buat mu,
Tidak akan ku lupa segala kata mu kepada ku,
Pesan kamu sahabatku sangat bererti buat diri ini,
Ingatan yang dirimu berikan cukup bermakna buat hati ini,
Namun, jika menurut pemikiranmu diriku tidak layak,
Ya.. tidak layak untuk menjadi sahabat baikmu,
Sesungguhnya diri ini redha dengan kata - kata mu itu,


Di akhir kalam ku buat dirimu,
Semoga dirimu berjaya dalam segala bidang yang diceburi,
Jika hari ini, dirimu berjaya, ketahuilah bahawa dirikulah orang yang paling gembira,
Namun sekiranya kelak dirimu mengalami kesulitan atau kesusahan,
Pecayalah bahawa diriku amat merasai kesakitan itu,
Seperti mana diriku merasai kesakitan pada hari ini,
Setiap apa yang berlaku daku serahkan sepenuhnya kepada Allah,
Kerana hanya Dia yang layak mengatur dan menentukan,


Setelah beberapa lama dirimu ku kenali,
Rupa - rupanya dirimu telah mengajarkan ku banyak perkara,
Antara yang banyak - banyak itu, 
Satu yang paling ku ingati iaitu "erti persahabatan"
Kini ku mengetahui tentang itu,
Terima kasih sahabatku.


Permintaan ku kepada mu hanya satu,
Ingatlah ungkapan kata daripada ku,
Walau apa pun yang berlaku,
"Kau tetap Dihatiku"






Salam terima kasih daripada
Sahabatmu.

BiSiKaN HaTi

Hah, kali ini apa pula ceritanya, pagi - pagi lagi hati telah berbisik,
Padahal sarapan pun belum lagi, terus singgah di jendala blog
sebagai tatapan buat seseorang yang sudi meneliti isinya,
siapakah seseorang itu? sudah tentunya anda yang sedang membacanya,
Terima kasih tanda penghargaan yang dapat dihulurkan ketika ini.



Bisikan hati pagi ini menyatakan keceriaan dan kegembiraan,
Wah sejak akhir - akhir ini gembira bagai, seronok segala...!
Entah apa dan mengapa tidak penting untuk dijelaskan kerana
biarlah "Hati yang Berbisik" mungkin tidak dapat didengari orang 
tetapi InsyAllah... jika niat kita tulus akan disampaikan jua hasrat hati kita.

Meneliti suara bisikan hati yang tidak berapa kuat ini sebenarnya
menimbulkan beberapa pujuk rayu dan persoalan tentang hati... 
Pertama : Duhai hati jangan la merajuk denganku lagi
Kedua : Hati ini kena bersih dan suci, kerana janji Allah itu pasti,
menyebabkan diri teringat petikan Surah An-Nur 
"Lelaki yang baik untuk Wanita yang baik"
Ketiga : Hati - hati dengan bisikan hati, yela dah nama pun hati manusia,
mestilah kadang kala, kalau tidak banyak sedikit mesti ada kelemahan dan keburukan
lagi - lagi setelah dihasut oleh syaitan Laknatullah...!



Walau apa pun mudah - mudahan hati kita sentiasa bersih dan murni,
Supaya setiap bisikan hati yang datang membuatkan diri kita terasa indah
dan beseri - seri menjalani kehidupan sehari - hari,
kata - kata itu kan doa, sekali gus itulah doa kita untuk edisi kali ini.
Sehingga bertemu lagi.

JanGan CuRanG dGn-Ku

Ehem - ehem, inilah tajuk yang akan menghiasi medan blog pada malam ini,
Mesti ada yang beranggapan macam jiwang je mamat ni,
Jangan Curang dengan-Ku...! Ya, itulah tajuk yang akan dinukilkan pada sesi ini,
Sebelum menerjah kepada beberapa tuduhan kepada penulis, lebih baik anda semua meneruskan pembacaan untuk lebih memahami dan mendalami apakah konotasi yang sebenar yang dimaksudkan penulis seawal sesi pemilihan tajuk kali ini.




Jangan Curang dengan-Ku membawa maksud yang lebih luas daripada itu sebenarnya,
Bukan hanya merujuk kepada 2 orang yang sedang bercinta yang selalunya berlaku
kecurangan antara mereka, tetapi jauh daripada itu sebenarnya apakah nilai
Cinta yang sepatutnya kita letakkan kepada yang selayaknya, 
Selayaknya dalam erti kata Cinta kepada yang Maha Pemberi Cinta,
Bagaimana seseorang yang mempunyai cinta hati boleh melupakan kepada 
yang Maha Memberi Cinta? Menjawab persoalan hati dan emosi sebenarnya berlegar
kepada tindakan dan pemahaman kita tentang cinta yang selayaknya.

Seseorang yang lupa akan tanggungjawabnya pada Maha Pemberi Cinta (Allah)
secara tidak sedar telah melakukan kecurangan yang hakiki kepada Penciptanya,
Bukan sahaja curang dalam meletakkan taraf cinta yang sebenarnya,
Tetapi curang dari segi tindakan dan tanggungjawab,
Adakah itu tujuan Allah meletakkan rasa cinta dalam hati manusia?
Fikirkan kembali nilai diri yang sebenar, adakah selama ini kita 
benar - benar bersyukur dengan segala nikmat pemberiannya?
Bersyukur bukan sekadar dengan kata - kata yang dipenuhi dengan nista
semata - mata tetapi mesti dizahirkan dengan tindakan yang cukup
menunjukkan betapa diri ini menghargainya.

Sebagai manusia kita cukup pantang kalau ada yang curang
dengan diri kita, tetapi kita tidak sedar yang kita sebenarnya yang curang,
Curang kepada Pemberi Cinta, Nah... sebagai balasan dapatlah ujian
yang sekecil cuma apabila Si Dia mula berpaling tadah dengan kita,
Barulah ketika itu, diri kita mahu kembali kepada yang Maha Pemberi Cinta,
Barulah hati sedar yang cinta manusia tidak sama atau setaraf dengan 
Cinta Allah. Kita selalu memikirkan tentang masa akan datang, mengimpikan
hidup bahagia dengan Si Dia tanpa ada masalah, namun sedar atau pun tidak,
kita memang tidak layak dikurniakan nikmat seperti itu, jika diri terus
melakukan kecurangan terhadap Allah. 



Seperti biasa di arena penutup kepada setiap sesi, akan diselitkan dengan
doa yang mungkin dapat melindungi diri kita yang selalu melakukan 
khilaf dan salah memenuhi fitrah manusia biasa. Namun apa yang pasti 
manusia yang terbaik tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali
sedangkan mereka berada di bawah paras minda sedar. Contoh doa yang boleh 
menjadi amalan ialah:

Ya Allah, Kurniakanlah rasa Cintaku kepada-Mu ya Allah,
Supaya diri ini sedar tiada yang dapat memberikan Cinta seperti-Mu,
Yang penuh barakah bersulam dengan kasih yang indah,
Kurniakanlah jua diriku Cinta makhluk-Mu ya Allah,
Supaya dengan Cintanya dapat diriku meningkatkan
rasa Cintaku dan Cintanya terhadap-Mu ya Allah.

*Sebenarnya doa boleh hadir dalam pelbagai bentuk
yang pasti ialah kefahaman kita ketika berdoa dan hati 
hendaklah benar - benar tekad dan berharap pada Allah
Bukan doa yang panjang berjela - jela menjadi ukuran Allah,
Tetapi hati yang ikhlas hanya berharap kepada-Nya lebih diutamakan.

Segala khilaf dan salah datang daripada diri penulis
Mohon perbetulkan mana - mana yang salah 
kerana Cahaya Pena juga insan biasa yang tidak terlepas daripada kesalahan.


Monday 18 April 2011

QuNut NaZiLaH



Ya Allah ya Tuhan kami,
Kami letakkan Engkau di leher musuh - musuh kami,
Dan kami mohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan - kejahatan mereka.

Ya Allah ya Tuhan kami,
Hancurkan kesatuan mereka, leburkan kumpulan mereka,
Ceraikan pakatan mereka, goncangkan kaki - kaki mereka,
Dan perintahkanlah kepada mereka di kalangan tentera - tenteramu Ya Allah,
Wahai Tuhan yang Maha Mengalahkan, 
Tuhan yang Maha Perkasa dan Maha Pembalas.


Ya Allah Tuhan yang menurunkan Al-Quran, 
Yang menggerakkan awan,
Tuhan yang menewaskan tentera - tentera Ahzab,

Tewaskanlah mereka, 
Dan berilah pertolongan kepada kami,
Untuk menewaskan mereka, (3 kali) 
Cukuplah Allah bagi kami, (3 kali)

Sebaik - baik Penolong
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah
Amin, Ya Rabbalalamin...!

DoA dlm Sujud - aKu DaN Dia

Pencarian yang dilakukan selama beberapa tahun seperti sampai ke penghujungnya,
Suka, gembira, ceria, dan bersyukur antara detik hati yang dapat diluahkan ketika ini,
Namun kebenaran kepada pencarian itu hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui tentang hakikat itu,
Kerana sebelum ini, kata hati juga pernah dinafikan dengan begitu mudah sekali,
Jika ada yang bertanya mengapa penuh keyakinan menyatakan begitu,
Jawapanku kepada mereka cukup mudah seakan - akan satu,
Kerana aku percaya dengan detik waktu yang berlalu,
Kau tetap dihatiku,


Selalu semak dan nilai (check) hati kita sama ada sudah terkena penyakit atau tidak,
Pada usia remaja sudah tentu ramai yang terkena penyakit angau, cintan, bunga, dan macam - macam lagi,
Meneliti penyakit hati ini, sebenarnya bukanlah susah sangat sehingga buat kita pening dan keliru,
Sebenarnya begitu mudah, tetapi diri yang sukar untuk mengakui bahawa hati dilanda penyakit,
Untuk membetulkan hati yang sakit itu sememangnya memerlukan rawatan yang terbaik,
Bukan itu sahaja malahan memerlukan ubatan terbaik daripada seorang doktor yang juga terbaik,
"Tanya Sama Hati, Apa Sebab Sakit...? Nanti hati Jawab Sendiri Cari Pasal"
Untuk itu, Penyuluh Cahaya Pena ada beberapa tips untuk dikongsi dengan anda semua



Tips Rawatan Hati Cahaya Pena :
1) Apabila hati dilanda 'penyakit' dapatkan nasihat daripada sahabat - sahabat yang selayaknya
2) Betulkan niat yang paling utama supaya hati tidak lalai dalam mengejar impian dan matlamat hidup
3) Jadikan segala yang berlaku sebagai cabaran hidup dan anda tidak perlu berasa kekok
4) Rasakanlah bahawa anda tidak terkena sebarang penyakit hati, ya.. kadang - kadang anda perlu untuk 
    menjadi seorang pelakon terbaik, jika ia mampu membetulkan peribadi anda
5) Kembali kepada yang selayaknya, back to basic..! kerana hanya Dia (Allah) sebaik - baik Pencipta
6) Berdoalah dengan doa yang terbaik yang lahir daripada hati, Sebagai Contoh: 
    Ya Allah, jangan kau serahkan aku kepada diriku, kerana aku tidak mampu mengurusnya, 
    Tetapi jangan kau serahkan aku kepada orang lain, kerana mereka akan mensia -siakan diriku.


Sekian sahaja wadah edisi petang, sehingga berjumpa lagi di lain sesi
Salam Pembaca, Salam Pengamal, dan Salam Penyuluh Cahaya Pena.

PeRLeMBaGaaN CiNtA

Perlembagaan ini bukan sekadar lambang cinta,
Yang biasa dijumpai di sana sini,
Dipenuhi dengan kata – kata penuh kiasan,
Kadang kala sukar untuk memahami,
Kerana masing – masing punya tafsiran peribadi.



Perlembagaan ini digubal oleh yang selayaknya,
Mudah – mudahan menjadi panduan buat kita,
Cinta itu tulus dan indah,
Tolong jangan cemari dengan maksiat dan zina,
Kerana itu hadirnya perlembagaan ini,
Sebagai batasan buat kita yang mudah alpa.



Perlembagaan ini digarap halus,
Sebagai pengisian jiwa yang tulus,
Walaupun tiada penjelasan melalui fasal dan perkara,
Tetapi ianya jelas buat yang punya jiwa,
Kerana mereka lebih memahami,
Apa ertinya Cinta yang memerlukan aturan,
Bukan mengikut kebiasaan yang sering melalaikan.

Untuk diri sendiri sekadar berpesan,
Usahlah menagih cinta yang x pasti,
Kelak menangis hati dan emosi,
Dek manusia yang tidak pernah mengetahui,
Apakah maksud cinta yang kau lontarkan.



Diri terus bermohon kepada Ilahi,
Supaya dapat menempatkan secebis diri,
Menjadi penentu keagungan Cinta,
Kepada pemilik yang selayaknya,
Seperti mana yang telah terukir,
Di dalam sebuah perlembagaan yang bernama,
Perlembagaan Cinta...!

Sunday 17 April 2011

Generasi Bestari Membuka Langkah...!


LOGO RASMI GENERASI BESTARI



Generasi Bestari diberi nama,
Menjadi pengikat ukhwah bersama,
Semua rakan dan taulan berkumpul segala,
Penghubung di saat suke dan duka,
Sebagai medan perantara,
Moga - moga ukhwah diteruskan selamanya.


MAJLIS JALINAN UKHWAH - (Sempena Berbuka Puasa)




(Dari kiri belakang: Nafisah, Rini, Nazmi, Afrizal, Fadhli, Lukman, Saiful, Aini, dan Amalina)
(Dari kiri hadapan: Aminah, Zaharah, Atikah Azmi, Ain, dan Atiqah Mulok)
Semua Inilah tulang belakang dan Geng2 Pertama Generasi Bestari...!
Credit to : Fahrul Nazmi KP 1st Event..!


Pertama dan selamanya,
Berkumpul untuk meraikan kejayaan bersama,
Walaupun telah tamat tempat berguru,
Tidak pernah lupa dalam ingatan,
Supaya yang dahulu tidak dilupakan,
Majlis Jalinan Ukhwah sempena Berbuka Puasa
Kami SEMUA raikan.


MINGGU JELAJAH RAYA




(Dari kiri belakang: Saifullah, Atiqah Mulok, Hafizah, Saiyidah, Rini Wahyuni, Amalina, Ain, Faziha, Alice)
(Dari kiri hadapan: Afrizal, Saiful, Fadhli, Nazmi dan Izham)
Semua inilah Tulang Belakang Program Ke-2, Credit to KP - Atiqah Mulok...!


Hasil usaha semua kelab berjaya dapat RM130 sebagai modal permulaan untuk tubuhkan akaun rasmi dibawah seliaan dan pemantauan Perbendaharaan dan Akauntibiliti - Noraini (Bam Aini)Sesungguhnya dua program ini sebagai pengikat ukhwah antara kami yang sama - sama belajar di sekolah yang sama dibumbung yang sama dan ada yang berkongsi cikgu - cikgu yang sama.


Dua program ini akan dijadikan sebagai program tahunan. Sehingga berjumpa lagi.

Erti Sebuah Pertemuan

Bait - Bait Kata yang Penuh Makna
Sebuah Pertemuan ~ UNIC







Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan 

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

La Tahzan...!

La Tahzan... InnaAllahhamaa'na.
Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah Bersama Kita..!

Penyuluh Cahaya Pena ~ PCP

Penyuluh Cahaya Pena nama diberi,
Sebagai pengganti kepada diri,
Bukan bererti malu kepada realiti,
Tetapi cukuplah sekadar berlindung pada nama ini,
Tidak bermaksud menyembunyikan diri atau menyakiti,
Apalah ada pada nama jika dibandingkan dengan prestasi,
Panggilan nama itu penting, 
Tetapi jauh lebih penting ialah perlakuan diri,


Langsung tidak bermaksud menyatakan diri ini mulia,
Jauh sekali mengatakan diri ini sempurna,
Namun tidak bererti menghina diri ini,
Yang telah diciptakan Ilahi semulianya,
Sesuai dengan tempat dan keadaan jasad dan ruhnya,


Permulaan nukilan mungkin banyak silapnya,
Mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang berlaku,
Bukan niat di hati membuang masa saudara saudari,
Mungkin terdapat sedikit kebaikan daripada perkongsian ini,
Menjadi tempat melontarkan pandangan dan pendapat,
Yang tidak terlepas daripada kesalahan dan kekurangan,


Untuk itu segala - galanya,
Cahaya Pena menyerahkan kepada kalian,
Untuk berteman berkongsi cerita,
Moga menjadi permulaan kepada setiap perubahan,
Yang mungkin akan memberi manfaat kepada semua,
Buat penghuni bumi dan seisinya,
Hanya mengharap keredhaan-Nya
Kerana Cukuplah Allah menjadi Pelindung
Buat Kita SEMUA.