[SALAM PERKENALAN PENA]


Tuesday, 19 April 2011

JanGan CuRanG dGn-Ku

Ehem - ehem, inilah tajuk yang akan menghiasi medan blog pada malam ini,
Mesti ada yang beranggapan macam jiwang je mamat ni,
Jangan Curang dengan-Ku...! Ya, itulah tajuk yang akan dinukilkan pada sesi ini,
Sebelum menerjah kepada beberapa tuduhan kepada penulis, lebih baik anda semua meneruskan pembacaan untuk lebih memahami dan mendalami apakah konotasi yang sebenar yang dimaksudkan penulis seawal sesi pemilihan tajuk kali ini.




Jangan Curang dengan-Ku membawa maksud yang lebih luas daripada itu sebenarnya,
Bukan hanya merujuk kepada 2 orang yang sedang bercinta yang selalunya berlaku
kecurangan antara mereka, tetapi jauh daripada itu sebenarnya apakah nilai
Cinta yang sepatutnya kita letakkan kepada yang selayaknya, 
Selayaknya dalam erti kata Cinta kepada yang Maha Pemberi Cinta,
Bagaimana seseorang yang mempunyai cinta hati boleh melupakan kepada 
yang Maha Memberi Cinta? Menjawab persoalan hati dan emosi sebenarnya berlegar
kepada tindakan dan pemahaman kita tentang cinta yang selayaknya.

Seseorang yang lupa akan tanggungjawabnya pada Maha Pemberi Cinta (Allah)
secara tidak sedar telah melakukan kecurangan yang hakiki kepada Penciptanya,
Bukan sahaja curang dalam meletakkan taraf cinta yang sebenarnya,
Tetapi curang dari segi tindakan dan tanggungjawab,
Adakah itu tujuan Allah meletakkan rasa cinta dalam hati manusia?
Fikirkan kembali nilai diri yang sebenar, adakah selama ini kita 
benar - benar bersyukur dengan segala nikmat pemberiannya?
Bersyukur bukan sekadar dengan kata - kata yang dipenuhi dengan nista
semata - mata tetapi mesti dizahirkan dengan tindakan yang cukup
menunjukkan betapa diri ini menghargainya.

Sebagai manusia kita cukup pantang kalau ada yang curang
dengan diri kita, tetapi kita tidak sedar yang kita sebenarnya yang curang,
Curang kepada Pemberi Cinta, Nah... sebagai balasan dapatlah ujian
yang sekecil cuma apabila Si Dia mula berpaling tadah dengan kita,
Barulah ketika itu, diri kita mahu kembali kepada yang Maha Pemberi Cinta,
Barulah hati sedar yang cinta manusia tidak sama atau setaraf dengan 
Cinta Allah. Kita selalu memikirkan tentang masa akan datang, mengimpikan
hidup bahagia dengan Si Dia tanpa ada masalah, namun sedar atau pun tidak,
kita memang tidak layak dikurniakan nikmat seperti itu, jika diri terus
melakukan kecurangan terhadap Allah. 



Seperti biasa di arena penutup kepada setiap sesi, akan diselitkan dengan
doa yang mungkin dapat melindungi diri kita yang selalu melakukan 
khilaf dan salah memenuhi fitrah manusia biasa. Namun apa yang pasti 
manusia yang terbaik tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali
sedangkan mereka berada di bawah paras minda sedar. Contoh doa yang boleh 
menjadi amalan ialah:

Ya Allah, Kurniakanlah rasa Cintaku kepada-Mu ya Allah,
Supaya diri ini sedar tiada yang dapat memberikan Cinta seperti-Mu,
Yang penuh barakah bersulam dengan kasih yang indah,
Kurniakanlah jua diriku Cinta makhluk-Mu ya Allah,
Supaya dengan Cintanya dapat diriku meningkatkan
rasa Cintaku dan Cintanya terhadap-Mu ya Allah.

*Sebenarnya doa boleh hadir dalam pelbagai bentuk
yang pasti ialah kefahaman kita ketika berdoa dan hati 
hendaklah benar - benar tekad dan berharap pada Allah
Bukan doa yang panjang berjela - jela menjadi ukuran Allah,
Tetapi hati yang ikhlas hanya berharap kepada-Nya lebih diutamakan.

Segala khilaf dan salah datang daripada diri penulis
Mohon perbetulkan mana - mana yang salah 
kerana Cahaya Pena juga insan biasa yang tidak terlepas daripada kesalahan.


1 comment:

PENYULUH CAHAYA PENA said...

Lps ni jnji jgn curang k..? hehehe