[SALAM PERKENALAN PENA]


Tuesday, 19 April 2011

tRiMe kaSih - kaSihMu SaHaBaTKu

Terima kasih sahabatku,
Itulah kata - kata yang mampu untuk aku berikan kepadamu sahabatku
Kerana kasihmu pada ku sebelum ini amat menggembirakan ku,
Sungguh, ingin aku katakan padamu,
Sesungguhnya memang diriku gembira bersamamu,
Namun ku tidak pasti, adakah sepanjang keberadaanku,
Telah membuatkan dirimu kurang selesa dan senang dengan kehadiranku,
Namun dengan akhlak mu yang manis dan indah,
Dirimu sentiasa menyatakan rasa senangmu sentiasa hadir bersamaku.






Lewat hari ini sahabatku,
Baru sahaja dirimu menyatakan sesuatu kepada ku,
Ku tak pasti adakah ini gurauan atau lahir daripada hatimu,
Tetapi kesungguhan tindakan mu melakukan itu dan ini,
Jelas menunjukkkan betapa diriku telah menyusahkan mu,
Terima kasih sahabatku atas kesungguhan itu,
Tetapi maafkanlah diriku atas kesulitan itu.


Buat kasih sahabatku yang sentiasa ada,
Aku mengharapkan kebahagiaanmu di sana,
Mungkin tanpa kehadiranku membuatkan dirimu lebih gembira dan bahagia,
Maafkanlah segala kesilapanku, jika itu yang membuatkan dirimu terasa hati,
Jauh dari sudut hatiku, kamu adalah sahabat yang terbaik yang pernah aku temui,
Yang selama ini telah bertahun - tahun ku mencari,
Yang tidak akan ku benarkan dirimu pergi begitu sahaja,
Tetapi apa lah dayaku kerana hanya kamu yang berhak ke atas dirimu sendiri.






Buat kamu sahabatku,
Terima kasih atas segala tunjuk ajar mu kepadaku,
Penghargaan ku kepadamu tidak terhingga sahabatku,
Diriku sentiasa mengharapkan kejayaan yang sempurna buat mu,
Tidak akan ku lupa segala kata mu kepada ku,
Pesan kamu sahabatku sangat bererti buat diri ini,
Ingatan yang dirimu berikan cukup bermakna buat hati ini,
Namun, jika menurut pemikiranmu diriku tidak layak,
Ya.. tidak layak untuk menjadi sahabat baikmu,
Sesungguhnya diri ini redha dengan kata - kata mu itu,


Di akhir kalam ku buat dirimu,
Semoga dirimu berjaya dalam segala bidang yang diceburi,
Jika hari ini, dirimu berjaya, ketahuilah bahawa dirikulah orang yang paling gembira,
Namun sekiranya kelak dirimu mengalami kesulitan atau kesusahan,
Pecayalah bahawa diriku amat merasai kesakitan itu,
Seperti mana diriku merasai kesakitan pada hari ini,
Setiap apa yang berlaku daku serahkan sepenuhnya kepada Allah,
Kerana hanya Dia yang layak mengatur dan menentukan,


Setelah beberapa lama dirimu ku kenali,
Rupa - rupanya dirimu telah mengajarkan ku banyak perkara,
Antara yang banyak - banyak itu, 
Satu yang paling ku ingati iaitu "erti persahabatan"
Kini ku mengetahui tentang itu,
Terima kasih sahabatku.


Permintaan ku kepada mu hanya satu,
Ingatlah ungkapan kata daripada ku,
Walau apa pun yang berlaku,
"Kau tetap Dihatiku"






Salam terima kasih daripada
Sahabatmu.

2 comments:

sumsak said...

feel free to follow my blog....
sumsak.blogspot.com....
nice blog.... keep writing...
tingkatkan prestasi jauhi kontroversi...

PENYULUH CAHAYA PENA said...

hahaha..trbaek la!
wah2 ko nk brgiat aktif blek ke..?
jeles gn blog aq la tu kn... hehhe
pe2 pn thx..