[SALAM PERKENALAN PENA]


Sunday, 17 April 2011

Penyuluh Cahaya Pena ~ PCP

Penyuluh Cahaya Pena nama diberi,
Sebagai pengganti kepada diri,
Bukan bererti malu kepada realiti,
Tetapi cukuplah sekadar berlindung pada nama ini,
Tidak bermaksud menyembunyikan diri atau menyakiti,
Apalah ada pada nama jika dibandingkan dengan prestasi,
Panggilan nama itu penting, 
Tetapi jauh lebih penting ialah perlakuan diri,


Langsung tidak bermaksud menyatakan diri ini mulia,
Jauh sekali mengatakan diri ini sempurna,
Namun tidak bererti menghina diri ini,
Yang telah diciptakan Ilahi semulianya,
Sesuai dengan tempat dan keadaan jasad dan ruhnya,


Permulaan nukilan mungkin banyak silapnya,
Mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang berlaku,
Bukan niat di hati membuang masa saudara saudari,
Mungkin terdapat sedikit kebaikan daripada perkongsian ini,
Menjadi tempat melontarkan pandangan dan pendapat,
Yang tidak terlepas daripada kesalahan dan kekurangan,


Untuk itu segala - galanya,
Cahaya Pena menyerahkan kepada kalian,
Untuk berteman berkongsi cerita,
Moga menjadi permulaan kepada setiap perubahan,
Yang mungkin akan memberi manfaat kepada semua,
Buat penghuni bumi dan seisinya,
Hanya mengharap keredhaan-Nya
Kerana Cukuplah Allah menjadi Pelindung
Buat Kita SEMUA.