[SALAM PERKENALAN PENA]


Wednesday 20 April 2011

kAu BuKaN SeSiaPa

Hari ini coretan blog kembali dengan tajuk yang cukup menyentapkan hati dan perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya jika kita terus terang menyatakan kepada seseorang dengan perkataan seperti itu, "Kau Bukan Sesiapa" Namun wadah penulisan pembaca akan membuka skop tajuk kepada erti dan makna yang lebih luas disebalik ungkapan "kau Bukan Sesiapa"

Ramai di antara kita yang mempunyai seseorang dalam hatinya yang dirasakan cukup istmewa sehingga jika ketiadaannya menyebabkan kita merasa kehilangan yang amat sangat. Mereka itu boleh sahaja terdiri daripada ahli keluarga kita, sahabat, rakan taulan dan seseorang yang kita anggap cukup istimewa. Namun sebaliknya hakikat yang sebenar meletakkan individu tersebut bukanlah sesiapa dalam diri kita. Mungkin kita selalu berinteraksi dengan mereka sehingga susah dan senang dirasakan bersama. Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa ketika kita masih kecil sebenarnya kita tidak pun merasa bahawa keluarga terlalu penting malah merasakan mereka itu mengongkong kita dengan melarang kebanyakkan kehendak kita, ketika itu kita merasakan yang mereka bukan sesiapa dalam hidup kita. Namun kini usia yang telah mematangkan kita mengajar bahawa mereka sangat penting dalam hidup kita. 

Tetapi, langit tidak selalunya cerah, hati dan perasaan pun telah mula berubah walaupun mereka tidak pernah berubah terhadap diri kita. Apabila kita berada di usia remaja, keluarga telah semakin kurang mendapat tempat dalam hidup kita walaupun kita akui mereka itu sangat penting. Dalam hati kita kerap kali memikirkan kawan - kawan sekeliling dan seseorang yang kita anggap istimewa tetapi sebenarnya mereka bukan sesiapa dalam hidup kita. Memang ada yang mengatakan kawan - kawan itu penting dan amat membantu kita, susah senang bersama. Ya, benar...! bukan niat penulis untuk menafikan kenyataan itu, tetapi andaikan sahaja jika kepentingan kita dan kawan kita adalah sama untuk merebut satu benda yang sama, adakah kawan kita sanggup menyerahkannya kepada kita walaupun mereka terlepas daripada impian mereka? mungkin ada yang menjawab ya, namun.. andaikan sahaja kita merebut satu peluang pekerjaan yang sama atau merebut tempat untuk menyambung pengajian di universiti, adakah mereka sanggup memberikan peluang itu kepada kita? sedangkan mereka terus berada dalam kegagalan mendapat peluang itu. Tidak sama sekali bukan, paling tidak pun mereka akan tetap megambil peluang itu dan kemudian menasihati kita supaya bersabar. Nah.. inilah yang penulis maksudkan, bahawa mereka bukan sesiapa...! Mereka penting, tetapi dalam keadaan tertentu, mereka bukan sesiapa dalam hidup kita, ini tidak bermaksud penulis menafikan kehadiran mereka dalam semua keadaan. 




Begitu juga teman yang kita anggap terlalu istimewa dalam hidup kita. Si Dia mungkin telah menjadi pendorong semangat kepada kita untuk terus berjaya malah mungkin mampu mengubah kita menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Namun hakikat yang sebenar menyatakan Si Dia bukan sesiapa...! Kerana Si Dia bukanlah isteri atau suami kita yang sah. Apatah lagi sebagai kekasih kita kerana hukum berkasih sebelum bernikah adalah haram. Adakah kita sanggup melakukan dosa terhadap Allah yang sememangnya mencintai kita melebihi semua cinta makhluknya. Namun begitu, penulis teringat dengan secebis coretan rakan blog penulis yang juga merupakan sahabat baik penulis ketika ini yang menyatakan "kau bukan awekku, kau bukan kekasihku, tetapi andai ada jodoh antara kita, InsyAllah, kau adalah isteriku...!" Itulah sebenarnya yang boleh kita katakan kepada Si Dia kerana kita harus sedar dan berpijak di dunia yang nyata bahawa dia yang kita anggap lebih istimewa daripada yang lain sebenarnya adalah "Kau Bukan Sesiapa"  dalam hidup kita yang sebenarnya.



Sekadar perkongsian buat tatapan Si Dia,
Mungkin salah seorang pembaca di ruangan ini,
Kepada Si Dia, katakanlah - "Kau Bukan Sesiapa"
Salam Perkongsian.

1 comment:

PENYULUH CAHAYA PENA said...

Kpd Si Pmbce, sedarlah.. Kau Bkn Ssiapa, hahaha
sbb kau bgitu pntg... :)